Tahun 2024 menjadi satu sejarah terlakar bagi Bahagian Pendakwaan Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman apabila diluluskan menjadi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah telah bersetuju meluluskan cadangan menjadikan Bahagian Pendakwaan Syariah di Jabatan Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman sebagai sebuah jabatan dan bersetuju mewujudkan jabatan baharu yang mula beroperasi pada 1 Oktober 2024.
Berdasarkan cabutan minit mesyuarat, Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke- 56 pada 16 Januari 2014, telah bersetuju akan perkara-perkara berikut antaranya;
Satu kunjungan hormat daripada Bahagian Pendakwaan Syariah JHEAIK telah diadakan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) di Wisma Darul Aman bagi membincangkan penubuhan rasmi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie Negeri Kedah, Tuan Syeikh Bisyamuddin Azha Bin Baharom, BCK. bersama empat pegawai yang lain. Kunjungan ini diadakan bertujuan mendapatkan maklumat lanjut perjawatan dan pengurusan organisasi bagi sebuah jabatan yang baharu.
Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman telah dibentangkan oleh Exco Agama, Komunikasi Dan Penerangan, YB. Dato’ Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samat dan diluluskan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada 25 Ogos 2024. Ujarnya kelulusan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah dilihat amat penting bagi memastikan ketelusan dan keadilan dapat ditegakkan dengan lebih baik dan jitu supaya Ketua Pendakwa Syarie dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.
Pada 9 Julai 2024, Bahagian Pendakwaan Syariah JHEAIK telah menghadiri pemeriksaan anggaran bajet bagi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2025. Mesyuarat pemeriksaan ini telah diadakan di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman.
SEMAKAN STATUS KES PENDAKWAAN