Penubuhan JAPES

Tahun 2024 menjadi satu sejarah terlakar bagi Bahagian Pendakwaan Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman apabila diluluskan menjadi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman.

Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah telah bersetuju meluluskan cadangan menjadikan Bahagian Pendakwaan Syariah di Jabatan Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman sebagai sebuah jabatan dan bersetuju mewujudkan jabatan baharu yang mula beroperasi pada 1 Oktober 2024.

JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Berdasarkan cabutan minit mesyuarat,  Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke- 56 pada 16 Januari 2014, telah bersetuju akan perkara-perkara berikut antaranya;

BULETIN

  • Kunjung Hormat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

    Satu kunjungan hormat daripada Bahagian Pendakwaan Syariah JHEAIK telah diadakan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) di Wisma Darul Aman bagi membincangkan penubuhan rasmi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie Negeri Kedah, Tuan Syeikh Bisyamuddin Azha Bin Baharom, BCK. bersama empat pegawai yang lain. Kunjungan ini diadakan bertujuan mendapatkan maklumat lanjut perjawatan dan pengurusan organisasi bagi sebuah jabatan yang baharu.

    Kunjung Hormat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  • Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah

    Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman telah dibentangkan oleh Exco Agama, Komunikasi Dan Penerangan, YB. Dato’ Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samat dan diluluskan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada 25 Ogos 2024. Ujarnya kelulusan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah dilihat amat penting bagi memastikan ketelusan dan keadilan dapat ditegakkan dengan lebih baik dan jitu supaya Ketua Pendakwa Syarie dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

    Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah
  • Pemeriksaan Cadangan Anggaran Bajet Jabatan Jabatan Negeri Kedah Tahun 2025

    Pada 9 Julai 2024, Bahagian Pendakwaan Syariah JHEAIK telah menghadiri pemeriksaan anggaran bajet bagi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2025. Mesyuarat pemeriksaan ini telah diadakan di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman.

    Pemeriksaan Cadangan Anggaran Bajet  Jabatan Jabatan Negeri Kedah Tahun 2025

    SEMAKAN STATUS KES PENDAKWAAN

    PAUTAN AGENSI KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN

    PAUTAN PENDAKWAAN SYARIAH DALAM MALAYSIA

    Mon 5 Rabi Al Thani 1446AH 7-10-2024AD

    3 Rabī ath-Thānī 1446

    Terbit Matahari

    7:05 am

    34:00 Minit
    SolatSubuhTerbit MatahariZohorAsarMaghribIsyak
    Mula5:56 am7:05 am1:06 pm4:23 pm7:07 pm8:16 pm
    Iqamah6:11 am1:21 pm4:38 pm7:13 pm8:31 pm

    Tarikh Kemaskini

    Sep 22, 2024 @ 5:00 PM

    Media Sosial

    © 2024 Portal Rasmi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Kerajaan Negeri Kedah | BTMK