SEJARAH PENUBUHAN

Cadangan Pengasingan

Kertas cadangan pengasingan telah diangkat ke Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 2007.

Setelah melalui pelbagai sesi perbincangan dan forum bagi mengkaji kewajaran pengasingan agensi pendakwaan Syariah, suatu kertas cadangan yang komprehensif telah disediakan oleh JAKIM dan diangkat sekali lagi ke MKI untuk pertimbangan

Kronologi Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah

25 Mei 2010

Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Ugama Islam (MKI) kali ke-51 telah bersetuju akan keperluan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah sebagai sebuah jabatan yang berasingan dan tersendiri.

24 - 25 Oktober 2013

Persidangan Ketua-Ketua Jabatan Agama Islam/Majlis Agama Islam Negeri (PKJ) kali ke-92 bersetuju terhadap cadangan pengasingan Bahagian Pendakwaan daripada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan dinaik taraf kepada sebuah Jabatan.

16 Januari 2014

Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Ugama Islam (MKI) kali ke-56 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bersetuju dengan cadangan pengasingan Bahagian Pendakwaan daripada JAIN untuk dinaik taraf kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dengan syarat—

  • Penubuhannya perlu mendapat perkenan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN); dan
  • Suatu gred perjawatan yang bersesuaian perlu diwujudkan dan diselaras oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  •  

21 Julai 2014

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah meluluskan cadangan pengasingan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Bahagian Pendakwaan Syariah

20 Mac 2015

Satu memorandum cadangan telah diangkat ke Mesyuarat Jemaah Menteri. Mesyuarat telah menimbang dan bersetuju:

    • Dengan cadangan Pengasingan Bahagian Pendakwaan Syariah daripada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk dinaik taraf kepada sebuah jabatan yang dinamakan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri”; dan
    • Mewujudkan struktur perjawatan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri yang sesuai dengan keperluan pihak berkuasa negeri dan diselaras oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
    •  

Tarikh Kemaskini

Sep 22, 2024 @ 5:00 PM

Media Sosial

© 2024 Portal Rasmi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Kerajaan Negeri Kedah | BTMK