PERUTUSAN KETUA PENDAKWA SYARIE

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulilah, saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t dan syabas kepada semua kakitangan

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman (JAPENKDH) dan Bahagian Teknologi Maklumat Dan komunikasi negeri Kedah (BTMK) atas kerjasama dan semangat produktif yang di berikan dalam membina dan melancarkan Portal Rasmi JAPENKDH.

Tarikh 1 Oktober 2024 merupakan titik noktah terpisahnya bahagian pendakwaan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) dan tertubuhnya Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman (JAPENKDH). Walaupun baru ditubuhkan, Jabatan ini harus bertindak secara dinamik dan progresif dalam melaksanakan fungsi penubuhannya seperti jabatan-jabatan lain di peringkat negeri.

Portal rasmi ini akan dapat memudahkan perkongsian dan akan menjadi sebuah wadah penyampaian maklumat rasmi agensi selaras dengan hasrat dan seruan kerajaan agar penggunaan teknologi maklumat dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan kepada masyarakat umum.

Akhir sekali, saya amat mengalu-alukan apa jua bentuk cadangan, komentar dan maklum balas yang membina daripada pengunjung laman portal rasmi ini bagi membolehkan jabatan ini mengambil langkah untuk memperbaiki, memperkukuh serta menambah baik kualiti jabatan ini di masa depan.

Sekian, terima kasih.

Syeikh Bisyamuddin Azha bin Baharom, BCK.​

Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie​