SOALAN LAZIM

Jabatan Pendakwaan Syarian Negeri Kedah

Urusan kaunter JAPES hanya dijalankan mulai jam 8:00 pagi – 12.30 petang dan 2:00 petang – 4:00 petang. Pihak tuan/puan dianjurkan agar membuat temujanji terlebih dahulu bagi melancarkan urusan kedua-dua pihak.

Kes Mal ialah kes yang melibatkan tuntutan dari sesuatu pihak kepada sesuatu pihak yang lain mengenai sesuatu hak atau sesuatu pihak memohon sesuatu perintah daripada Mahkamah. Kes Mal dimulakan dengan pihak yang menuntut (dipanggil Plaintif/Pemohon) memulakan kes dengan mendaftarkan borang tertentu di Mahkamah. Dalam istilah undang-undang borang tersebut di sebut “Saman dan Penyata Tuntutan” atau “Permohonan dan Afidavit Sokongan“. Contoh jika satu pihak ingin menuntut harta sepencarian, pihak tersebut perlulah mendaftar melalui Saman dan Penyata Tuntutan. Kes ini akan disebut sebagai kes Mal.

Kes jenayah Syariah ialah jenis kes di mana pihak yang mendakwa iaitu Pendakwa Syarie akan menuduh seseorang yang melakukan jenayah atau kesalahan Syariah untuk dihakimi dan dihukum oleh Hakim Syarie jika didapati bersalah. Contoh jika seseorang ditangkap kerana berjudi, ia akan, dituduh di Mahkamah Syariah dan ianya disebut kes Jenayah.

*JAPES  hanya menjalankan Kes Jenayah Syariah dan tidak menjalankan Kes Mal di Mahkamah

Bagi tujuan semakan kes, tuan/puan perlu mengemukakan salinan Kad Pengenalan atau No. kes dan emelkan pertanyaan anda kepada japes@kedah.gov.my  atau hubungi di talian 04-7026116. 

Kesalahan Syariah ertinya kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang bertentangan dengan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah kedah 2014 dan enakmen undang-undang keluarga islam negeri kedah darul aman 2008 dan Undang-undang Islam yang lain yang terpakai di Kedah.

Tarikh Kemaskini

Sep 22, 2024 @ 5:00 PM

Media Sosial

© 2024 Portal Rasmi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Kerajaan Negeri Kedah | BTMK