VISI, MISI DAN FUNGSI

Objektif

  • Menjalankan pendakwaan kesalahan/jenayah mengikut peruntukan yang ada dengan lebih berkesan dan tegas. 
  • Memastikan keadilan melalui penguatkuasan dan pendakwaan ditegakkan berteraskan standard pendakwaan agar dilihat ketelusan dan pendakwaan yang profesional.
  • Pendakwaan menghasilkan keinsafan, mencegah kemungkaran dan maksiat ke arah memurnikan hukum syarak dan akhlak masyarakat Islam, seterusnya menjayakan rancangan murni kerajaan : Islam Hadhari. 
  • Menyumbangkan pandangan dan program ke arah mengatasi gejala masyarakat yang timbul di kalangan remaja, belia dan dewasa.

Fungsi

  • Menjalankan tugas tugas pendakwaan terhadap mereka yang melakukan kesalahan jenayah syariah di bawah peruntukan undang-undang syariah yang berkuatkuasa di Negeri Kedah Darul Aman. 
  • Bertanggungjawab membantu hakim mahkamah syariah dalam membuat keputusan yang adil dan saksama.
  • Menyediakan laporan/statistik perbicaraan kes-kes yang telah dijalankan.
  • Membantu proses penggubalan dan penyemakan undang-undang syariah Negeri Kedah Darul Aman.